Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Belum ada niat untuk berdamai’

    KABUL, 2 JUN – Pemimpin tertinggi Taliban di Afghanistan yang berikrar meneruskan perjuangan sehingga objektif pertubuhan itu tercapai, membayangkan pihaknya belum bersedia untuk rundingan damai dengan kerajaan Afghanistan yang disokong Barat.

    Dalam ucapan sempena Aidilfitri semalam, Mullah Haibatullah Akhundzada memberi jaminan kepada rakyat bahawa Taliban mahu menamatkan konflik berdekad itu dan memastikan kerajaan yang mentadbir mewakili semua rakyat.

    Namun, beliau tidak menunjukkan keinginan besar Taliban untuk gencatan senjata atau rundingan langsung dengan Kabul, kerajaan Afghanistan yang dianggap boneka asing. Beliau juga tidak memberi bayangan gencatan senjata selama tiga hari sempena Aidilfitri seperti tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda