Belum ada premis kecantikan dan kesihatan batal perniagaan

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Pihak Bahagian Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan (ROCBN) sentiasa memantau dan meneliti hal ehwal syarikat dan perusahaan di negara ini dari semasa ke semasa di mana setakat ini tiada sebarang permohonan pembatalan diterima daripada industri kecantikan dan kesihatan setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah menjelaskan perkara itu bagi menjawab persoalan mengenainya di mana sejak penutupan sementara premis-premis perniagaan berkonsepkan kedai gunting, salon, spa dan juga gim 7 Ogos lalu, dikhuatiri berlakunya penurunan prestasi perniagaan seperti terpaksa menutup syarikat yang dijalankan.

“Malah semakin banyak syarikat baharu telah mendaftar kini meskipun kita berdepan dengan cabaran krisis pandemik COVID-19 ini.

“Hal ini menunjukkan perkembangan positif di mana masyarakat dapat melihat peluang yang baik untuk mereka mengembangkan lagi sumber pendapatan mereka menerusi perusahaan mahu pun perkhidmatan yang mereka ketengahkan,” jelas Yang Berhormat Dato
lagi semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.