Belum ada tarikh perkahwinan

Pelakon Scarlett Johansson mengumumkan dia sudah bertunang dengan pelawak Colin Jost selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Menurut laporan People, pelakon filem Avengers: End Game itu masih belum menetapkan tarikh untuk mereka melangsungkan perkahwinan.

Sebelum ini, Scarlett pernah berkahwin dengan pelakon Ryan Reynolds pada 2008 namun pasangan itu bercerai selepas tiga tahun bersama.

Selepas itu, Scarlett pernah bertunang dengan seorang wartawan bernama Romain Cauriac pada 2014 dan mempunyai seorang anak, Rose Dorothy yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun, Scarlett mengambil keputusan untuk berpisah dengan Cauriac pada 2017. – Agensi

Sebelum ini, Scarlett pernah berkahwin dengan pelakon Ryan Reynolds pada 2008 namun pasangan itu bercerai selepas tiga tahun bersama. – Agensi