Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Belum bersara: Farah Ann masih dalam senarai Sukan SEA

    KUALA LUMPUR, 1 MAC – Farah Ann Abdul Hadi masih tersenarai dalam rancangan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) untuk Sukan SEA Hanoi pada 12-23 Mei ini, meskipun terdapat khabar angin tentang persaraan Ratu Gimnastik Malaysia itu.

    Setiausaha Kehormat MGF, Afrita Ariany Nasril berkata pihaknya ada mendengar desas-desus tersebut namun sehingga kini belum menerima surat persaraan daripada atlet berusia 27 tahun itu.

    “Kami hanya mengetahui mengenai rancangan beliau untuk bersara semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama jurulatihnya (Ng Shu Wai) dan Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini. (Menurut jurulatihnya) beliau dikatakan akan bersara. Malah, Farah juga memaklumkan (perkara itu) kepada beberapa orang yang rapat dengannya.

    “Saya masih menunggu hitam putih. Bagaimanapun, beliau masih dalam senarai kami untuk Sukan SEA,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

    Semalam, ketua jurulatih artistik wanita kebangsaan Shu Wai memberi gambaran bahawa Farah Ann telah berhenti berlatih bersama pasukan negara selama dua minggu dan berkemungkinan besar akan bersara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...