Belum buat keputusan muktamad

Komposer dan penyanyi, Hael Husaini, memaklumkan masih belum membuat keputusan mengenai pemilihan penyanyi yang bakal menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza membawakan lagu Anta Permana pada persaingan Separuh Akhir Muzik Muzik 34.

Akur keputusan Siti untuk tidak kembali bertan-ding pada acara itu, Hael bagaimanapun, enggan mengesahkan spekulasi pemilihan penyanyi Bob Yusof yang dikatakan bakal menggalas tanggungjawab itu.

“Saya dan Ezra Kong masih menunggu kata putus daripada semua pihak yang terbabit, jadi tidak timbul isu saya masih berharap Siti membawakan lagu itu. Saya menerima keputusan Siti untuk tidak lagi bertanding pada Anugerah Juara Lagu. Tidak mudah sebenarnya mencari penyanyi ganti. Secara peribadi, saya tidak berani menggalas tanggungjawab itu kerana tidak yakin mampu membawakan Anta Permana sebaik Siti.

“Kami mencari penyanyi yang mempunyai jiwa dan mampu membawa lagu itu dengan baik. Siapa yang bakal menjadi pilihan kami, jawapannya akan diketahui pada hari persaingan nanti,” kata-nya. – Agensi

Akur keputusan Siti untuk tidak kembali bertanding pada acara itu, Hael bagaimanapun, enggan mengesahkan spekulasi pemilihan penyanyi Bob Yusof yang dikatakan bakal menggalas tanggungjawab itu. – Agensi