TOKYO, 13 DIS – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata hari ini dia tidur nyenyak selepas menjadi perdana menteri pertama dalam tempoh sembilan tahun untuk mendiami kediaman rasmi, yang dikatakan berhantu.
Hartanah terbaik di tengah Tokyo itu sudah lama kosong semasa penggal sebelum pemimpin Kishida iaitu Yoshihide Suga dan Shinzo Abe.
Kediaman itu merupakan lokasi cubaan rampasan kuasa pada tahun 1936, yang mana beberapa pegawai kanan termasuk menteri kewangan telah dibunuh oleh pegawai tentera muda.
Selama bertahun-tahun, roh-roh daripada mereka yang terlibat dalam insiden itu dilaporkan telah menghantui ruang tersebut, namun Kishida berkata hari ini dia berasa segar selepas malam pertama di kediaman barunya itu.
“Saya tidur nyenyak kelmarin,” ujarnya kepada wartawan, yang bertanya sama ada dia ternampak sebarang hantu di kediaman tersebut.
“Saya belum lagi menemui sebarang hantu,” katanya. – AFP