Saturday, January 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belum mula tayangan, lakonan Jisoo sudah dikecam

    Belum pun ditayangkan, namun warganet sudah mengecam lakonan Jisoo Blackpink dalam drama terbaharu berjudul Newtopia.

    Menerusi klip trailer yang dikongsi di media sosial, lakonan Jisoo bergandingan bersama Park Jung Min dikatakan nampak kaku dan tidak natural.

    Ramai beranggapan meskipun memiliki jumlah pengikut ramai namun itu bukanlah alasan untuk Jisoo menggalas watak utama dalam drama tersebut.

    “Dia tidak patut dapat watak utama hanya kerana dia popular;Dia patut betulkan sebutannya ketika berlakon dahulu,” komen warganet.

    Sementara itu, rata-rata peminatnya tampil mempertahankan penyanyi itu dan meminta warganet tidak hanya menilai daripada klip pendek berkenaan.

    “Tenang okay, ini kan baru trailer saja, janganlah terus menilai,” komen peminatnya.

    Untuk info, drama siri Newtopia bakal memulakan siaran pada 7 Februari depan mengisahkan mengenai seorang askar dan teman wanitanya mencari antara satu sama lain ketika dunia ditakluki zombi. – Agensi

    Ramai tak suka Jisoo berlakon sebab nampak kaku. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda