Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    ‘Belurih kejayaan jika sanggup bekarih’

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Para graduan diseru agar memanfaatkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi sepanjang mengikuti pengajian.

    Mereka perlu sentiasa bersedia untuk mengharungi apa jua bentuk cabaran yang akan dihadapi sama ada semasa mencari pekerjaan mahupun ketika sudah berada di alam pekerjaan. 

    “Dengan bekarih dan bejarih, serta bertawakal, insya-Allah, saya percaya para graduan akan belurih kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi di masa akan datang.”

    Seruan tersebut dibuat oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman kepada para graduan Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) semasa berucap pada Majlis Penyampaian Ijazah Tamat Pengajian MIC 2021 yang berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Brunei, Jerudong, hari ini.

    Yang Berhormat Dato berkata, pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada industri global yang mana juga secara tidak langsung telah mengubah landskap pendidikan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Ijazah Tamat Pengajian MIC 2021.

    “Ini dapat dilihat daripada segi kemajuan ICT di mana semasa pandemik, penggunaan ICT sangat signifikan dalam membantu pembelajaran dan pengajaran untuk terus dilaksanakan walaupun institusi-institusi pendidikan terjejas dengan pandemik COVID.

    “Bagi sektor industri pula, penguasaan dalam bidang ICT semasa pandemik merupakan suatu competitive advantage dan kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh tenaga kerja khususnya bagi memperkasa kualiti perkhidmatan dan produktiviti seiring dengan arus perkembangan teknologi digital pada era Revolusi Industri ke-4,” ujar beliau.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menambah, dengan keadaan pasaran pekerjaan yang dijangka semakin mencabar terutama semasa pasca COVID, institusi-institusi pendidikan diseru agar sentiasa relevan dalam merangka program-program dan mempersiapkan diri para pelajar untuk menghadapi perkembangan industri yang pesat dengan kemajuan teknologi melalui pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum yang mengintegrasikan kemahiran ICT dan teknologi digital.

    Menyentuh mengenai pasaran pekerjaan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkata, bagi memenuhi pasaran pekerjaan yang mencabar pada masa ini, MIC telah giat melaksanakan usaha-usaha pembaharuan bagi kursus-kursus dalam bidang teknologi di mana salah satunya ialah program usaha sama antara MIC dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang telah mula diperkenalkan pada tahun lalu.

    “Hubungan rapat dan kerjasama yang berterusan antara MIC dan UTB serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta adalah sangat bermanfaat bagi persiapan penghasilan keperluan sumber tenaga yang mantap daripada segi pengetahuan dan kemahiran, seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi digital. Di samping itu memberi efek sinergi dalam menyediakan kepelbagaian program,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...