Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ben Affleck benarkan anak berlakon

    PELAKON Ben Affleck memberitahu dia tidak mengizinkan anak-anaknya menceburi bidang seni dalam usia yang masih muda.

    Seperti dipetik People, pelakon filem Batman ini berkata, berlakon bukan sesuatu bidang yang mudah dan dia tidak mahu anak-anaknya terbeban dengan tanggungjawab tersebut.

    “Berlakon sesuatu yang sukar, walaupun saya sangat menyukai bidang ini dan sudah menceburinya sejak kecil, namun saya tidak mahu anak-anak saya melalui perkara yang sama.

    “Saya hanya membenarkan mereka menceburi bidang ini selepas umur 18 tahun,” ujarnya.

    Ben Affleck memberitahu dia tidak mengizinkan anak-anaknya menceburi bidang seni dalam usia yang masih muda.
    Ben Affleck memberitahu dia tidak mengizinkan anak-anaknya menceburi bidang seni dalam usia yang masih muda.

    Bagaimanapun, Ben berkata, tiga cahaya matanya kini semakin menunjukkan minat terhadap bidang lakonan.

    “Anak-anak saya seringkali terlibat dalam drama-drama yang dianjurkan di sekolahnya, biarlah mereka fokus terhadap pelajaran terlebih dahulu,” ujarnya.

    Ben mempunyai tiga cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Jennifer Garner iaitu Seraphina, 8, Samuel, 5 dan Violet yang baharu berusia 11 bulan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda