Ben Affleck dedah penyesalan besar bercerai dengan Garner

Dalam temu bual baru-baru ini, Ben Affleck mendedahkan bahawa perceraiannya dengan Jennifer Garner adalah salah satu penyesalan terbesar dalam hidupnya. Pelakon berusia 47 tahun, semasa wawancara dengan New York Times, menyatakan bahawa kemusnahan hubungan perkahwinannya dengan Jennifer Garner menyebabkan dirinya terlibat dalam pengambilan alkohol yang berlebihan sehingga terpaksa menjalani pemulihan.

Bercakap tentang hal berkenaan, Affleck mendedahkan bahawa dia sememangnya seorang yang peminum alkohol buat sekian lamanya, namun, setelah perpisahannya dengan Jennifer bermula, dia mula kerap minum dalam kuantiti lebih setiap hari, sementara perkahwinannya semakin retak.

Pelakon itu mengatakan bahawa semua ini berlaku pada tahun 2015 dan 2016. Pengambilan alkohol hanya menguatkan masalah perkahwinannya dengan Jennifer. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Garner dan Affleck akhirnya bercerai dua tahun lalu pada tahun 2018 selepas 13 tahun bersama-sama.

Mereka mempunyai tiga orang anak, Sam, 7, Seraphina, 11, serta Violet, 14. Pelakon itu menjelaskan bahawa perceraiannya dengan Jennifer merupakan “penyesalan terbesar” beliau setakat ini. Perasaan malu itu “amat berbisa” jelasnya lagi. – Agensi

Ben Affleck bercerai dengan Jennifer Garner pada tahun 2018 selepas 13 tahun bersama-sama.- Agensi