Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Ben Amir lalui fasa kemurungan selepas pembedahan

    Pelakon Ben Amir mendedahkan pernah melalui fasa tertekan akibat kecederaan mata kiri yang dialami sehingga terpaksa melakukan pembedahan pada Jun tahun lalu.

    Enggan bercerita bagaimana punca sebenar kejadian yang berlaku, Ben atau Muhammad Amiruddin Sabaruddin, 33, memberitahu ia disebabkan berlakon babak aksi dalam sebuah penggambaran.

    Akibat kecederaan tersebut juga, dia mengalami rosak penglihatan sepenuhnya kira-kira 20 peratus bahagian mata dan turut mengganggu penglihatannya.

    “Untuk pulih selepas pembedahan mata itu mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga bulan juga. Tetapi dalam tempoh enam bulan sebelum ini saya memang lalui fasa tekanan dari segi mental dan fizikal,” jelas Amir.

    “Alhamdulliah semuanya sudah pulih tetapi kita-kira 20 peratus bahagian mata total damage. Sekarang ini memandu malam agak sukar jika terlalu banyak cahaya,” jelasnya lagi.

    Ben kembali aktif berlakon selepas lama be-rehat akibat kecederaan mata. – Agensi

    Ben ditemui selepas majlis Anugerah Telenovela kelapan yang berlangsung di Pusat Dagangan Putra (WTC), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

    Pada majlis berkenaan dia menerima tiga anugerah iaitu Bintang Telenovela, Pelakon Lelaki Telenovela 2019 dan 2020.

    Selepas lebih enam bulan tidak terlibat dengan penggambaran, Ben melihat tahun ini sebagai satu permulaan untuk dia buat kemunculan semula di lokasi.

    Dalam masa sama pelakon drama Sweet Dreams ini tidak melihatkan kes saman yang melibatkan namanya sebelum ini menjejaskan kerjaya seni.

    Sementara itu anugerah yang diterima pada malam berkenaan juga diharap dapat memberi semangat untuk dia terus berkarya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...