Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bencana: Penyelesaian inovatif diperlukan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Kerjasama serantau memerlukan penyelesaian inovatif khususnya dalam pengurusan bencana bagi menangani cabaran pada ini dan akan datang adalah sejajar dengan tema sambutan Hari ASEAN Pengurusan Bencana iaitu Strengthening Partnership and Innovation for Disaster Management in ASEAN.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menekankan perkara itu pada Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN bagi Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-9 dan Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (COP to AADMER) ke-10 yang diadakan secara maya, hari ini.

    Menurutnya antara inisiatif, usaha dan pencapaian pada 2021 ialah termasuk ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response Work Programme 2021-2025, Bandar Seri Begawan Declaration on Strategic and Holistic Initiative, to link ASEAN Reponses to Emergencies to Emergencies and Disasters (ASEAN SHIELD) yang akan dilancarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-38, pencapaian pembinaan Perkampungan ASEAN (ASEAN Village) di Palu, Sulawesi yang dikendalikan oleh ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre), ASEAN Disaster Resilience Outlook (ADRO) dan ASEAN Mapping Exercise, ASEAN-UN Joint Strategic Plan of Action on Disaster Management IV 2021-2025, ASEAN Regional Plan of Action on Adaptation to Drought (ARPA-AD) dan ASEAN Regional Framework on Protection, Gender and Inclusion in Disaster Management 2021-2025.

    Yang Berhormat Pehin juga mengongsi tindakan-tindakan Negara Brunei Darussalam secara pendekatan seluruh negara dalam menangani penularan wabak koronavirus di negara ini khususnya peranan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dalam memberikan sokongan non-klinikal kepada pihak Kementerian Kesihatan termasuk kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NDMC.

    Ia termasuklah Program Kesedaran Awam Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Masyarakat (CBDRM), Prog-ram Kesedaran Awam Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Sekolah (SBDRM) dan program Disaster Preparedness Coordinator (DPC) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan para penduduk dan belia supaya sentiasa peka akan risiko bencana serta persiapannya dakam menghadapi sebarang kejadian bencana dengan mengambil tindakan yang betul dan selamat untuk mencapai hasrat ke arah membina golongan masyarakat yang berdaya tahan serta sentiasa siap siaga.

    Dengan Negara Brunei Darussalam berhadapan gelombang kedua COVID-19 sejak Ogos lalu, Yang Berhormat Pehin turut merakamkan penghargaan kepada Singapura, China, Jepun dan Australia atas sumbangan mereka.

    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Singapura pada tahun ini, dihadiri oleh Menteri-Menteri ASEAN yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana yang membawa tema, Strengthening Partnership and Innovation for Disaster Management in ASEAN.

    Mesyuarat antara lain membincangkan mengenai cara untuk memperkukuhkan lagi tindak balas ASEAN secara bersama terhadap sebarang bencana serta menilai pelaksanaan ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) ke arah merealisasikan hasrat untuk membangun masyarakat yang selamat dan berdaya tahan bencana.

    Mesyuarat itu juga merupakan penglibatan pertama bagi Republik Rakyat China dan Jepun dalam AMMDM dalam kolaborasi bersama serantau ASEAN, yang juga dikenali sebagai AMMDM Plus China dan AMMDM Plus Jepun.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar menghadiri AMMDM ke-9 dan Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (COP to AADMER) ke-10 yang diadakan secara maya. – Gambar serahan NDMC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda