Benci Jepun, lelaki bunuh diri

SEOUL, KOREA SELATAN, 19 JULAI – Seorang lelaki Korea Selatan berusia 78 tahun meninggal dunia beberapa jam selepas membakar dirinya berhampiran Kedutaan Jepun di Seoul pada hari ini, kata polis, pada masa ketegangan semakin teruk di antara Seoul dan Tokyo.

Lelaki itu, dengan nama keluarga Kim, memulakan kebakaran dalam keretanya yang diletak di depan bangunan di mana terletaknya Kedutaan Jepun, kata polis. Polis berkata Kim telah menelefon seorang rakan sebelumnya untuk berkata dia merancang mengorbankan dirinya untuk menunjukkan perasaan bencinya terhadap Jepun.

Keluarga Kim beritahu penyiasat bahawa bapa mertuanya telah dikerah sebagai pekerja paksa apabila Semenanjung Korea diletak di bawah pemerintahan jajahan Jepun dari 1910-45, menurut kenyataan polis. Tidak ada nota bunuh diri ditemui. Polis berkata sebelumnya bahawa bahan mudah bakar ditemui dalam kereta yang dipinjam oleh Kim daripada seorang kenalan semalam. Polis berkata mereka akan menganalisis bukti-bukti daripada telefon bimbit Kim dan menyiasat orang yang terbabit untuk mencari motif sebenar tindakannya. – AP