Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Bendera kebangsaan dikibarkan setengah tiang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Bendera kebangsaan di bangunan-bangunan kerajaan termasuk pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara dikibarkan setengah tiang mulai 8 pagi hari ini hingga 8 pagi esok sebagai tanda penghormatan bagi kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Ratu Elizabeth II.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi penurunan bendera setengah tiang berkenaan.

    Pengibaran berkenaan juga dilaksanakan di negara-negara lain termasuk beberapa buah negara Komanwel seperti Australia, Malaysia dan Republik Singapura.

    Bendera kebangsaan dikibarkan setengah tiang di bangunan-bangunan kerajaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...