SYDNEY, 11 JULAI – Bendera Puak Asli Australia berwarna hitam, merah dan kuning mula berkibar di Jambatan Harbour Sydney hari ini, sebagai satu simbol kemenangan bagi komuniti puak asli selepas berjuang selama bertahun-tahun.
Lebih 177,000 orang telah menandatangani petisyen dalam talian meminta bendera itu dikibarkan selama 365 hari setahun pada keluli tegap panjang berukuran 1,149 meter.
“Menyaksikan bendera itu berkibar mewakili kesaksamaan, penghormatan dan mempamerkan keutamaan bagaimana Australia perlu bersatu sebagai sebuah negara yang sama,” kata pengkempen, Cheree Toka.
Sehingga kini, jambatan itu hanya dihiasi dengan bendera kerajaan Australia dan New South Wales.
Pihak berkuasa tempatan bersetuju untuk memasang tiang bendera ketiga namun berkata projek itu akan menelan belanja AS$17 juta dan mengambil masa bertahun-tahun untuk siap.
Selepas bantahan kuat orang ramai, cadangan itu dibatalkan dan bendera Puak Asli akan dikibarkan daripada sebaliknya bendera New South Wales.
Puak Asli Australia sudah menghuni tanah itu sekitar 65,000 tahun.
Ketibaan peneroka British pada tahun 1788 menandakan permulaan pelucutan hak dan diskriminasi selama dua abad. – AFP