Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bendung kegiatan jenayah

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Sebagai usaha untuk mencegah, memastikan dan mengesan para pemandu yang memasuki sempadan negara ini tidak membawa barangan tegahan, Jabatan Siasatan dari Kawalan Lalu lintas (JSKLL) telah mengadakan operasi sekatan jalan raya semalam.

    Operasi sekatan berkordinasi bersama anggota dari Balai Polis Limau Manis dan JSKLL itu diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Limau Manis, Inspektor Faisal Iswandy bin Ali Othman.

    Seramai 17 orang anggota polis telah dikerah untuk tugasan berkenaan yang dijalankan di kawasan Kampung Kuala Lurah, Limau Manis serta Brunei dan Muara.

    Sepanjang Operasi ‘Stop & Search’, ‘Stop & Talk‘ juga diterapkan bagi mewujudkan kepercayaan serta pendekatan bersama masyarakat awam dalam usaha membendung dan mencegah perlakuan jenayah di negara ini.

    Sepanjang operasi yang telah dijalankan, tidak ada sebarang kesalahan undang-undang mahupun kesalahan kompaun dikeluarkan oleh pihak balai mahupun JSKLL.

    Sekatan sedemikian akan terus dilaksanakan bagi memastikan masyarakat awam sentiasa mematuhi peraturan selain membendung, mengesan dan membanteras kegiatan jenayah di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda