Benfica belasah Barcelona di Liga Juara-Juara

LISBON, 30 SEPT – Barcelona telah dimalukan selepas tewas di tangan Benfica dengan keputusan 3-0 kelmarin yang akan menyebabkan mereka berdepan risiko tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

Ketika Darwin Nunez menjaringkan dua gol, termasuk penalti dalam separuh masa kedua, juga memberikan tamparan kepada harapan Ronald Koeman untuk kekal menjadi jurulatih bagi Barca.

Jaringan gol daripada Nunez dan Rafa Silva menyebabkan pasukan Koeman tewas buat kali kedua dengan keputusan 3-0 dalam kumpulan E dalam Liga Juara-Juara selepas tewas dengan keputusan yang sama kepada Bayern Munich.

Taktik Koeman akan diteliti semula, dengan Gerard Pique diganti dalam minit ke-33, nampaknya untuk mengelak daripada mendapat kad kuning yang kedua, hanya melihat Eric Garcia dihantar keluar selepas dilayang kad kuning kali kedua.

Frenkie de Jong, pemain Barcelona yang paling kreatif dalam separuh masa pertama, telah ditukar untuk menjadi pemain pertahanan tengah menggantikan Pique.

Ini merupakan pertama kali semenjak tahun 2000 Barcelona tewas berulang kali dalam perlawanan kumpulan Juara Liga-Liga, yang mana mereka juga gagal untuk memasuki peringkat kalah mati.

Untuk mengelakkan daripada mengalami nasib yang sama, Barcelona yang kini berada di tangga tercorot dalam liga, dengan Benfica mendahului empat mata dalam tangga kedua, perlu berusaha dengan lebih gigih dalam perlawanan seterusnya menentang Dynamo Kiev bulan depan.

“Ia lebih senang untuk menyalahkannya kepada jurulatih tetapi kami semua bertanggungjawab,” kata Sergio Busquets. “Kami berada dalam situasi yang kritikal. Kami hanya bermain dalam dua perlawanan tetapi kami gagal untuk mendapatkan mata.

Kami ada dua lagi perlawanan menentang Dynamo dan kami perlu menang kedua-duanya.” – AFP

Reaksi pemain tengah Jerman, Julian Weigl semasa meraikan kemenangan dalam perlawanan menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara. – AFP