Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Benfica jinakkan Club Brugge

    LISBON, 8 MAC – Goncalo Ramos menjaringkan dua gol untuk membantu Benfica mara ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara, dalam kemenangan 5-1 pusingan kedua ke atas Club Brugge hari ini di Lisbon dengan agregat 7-1.

    Ramos, yang mencipta nama semasa Piala Dunia apabila dipilih mengatasi Cristiano Ronaldo untuk Portugal dan menjaringkan hatrik ketika menentang Switzerland, mencipta gol pembukaan untuk Rafa Silva.

    Penyerang berusia 21 tahun itu kemudiannya menghasilkan dua penyudah klinikal di separuh masa untuk memastikan pemenang Piala Eropah dua kali itu akan mara ke suku akhir dalam kedua musim berturut-turut.

    Joao Mario mencetak jaringan menerusi sepakan penalti dalam perlawanan Liga Juara-Juara kelima berturut-turut dengan pemain hebat Portugal, Eusebio adalah pemain terakhir yang menguruskan kejayaan untuk kelab itu.

    David Neres menambah gol kelima untuk Benfica sebelum Bjorn Meijer menjaringkan saguhati yang menakjubkan pada lewat perlawanan.

    “Ia adalah baik untuk menjaringkan gol, penyerang seperti saya dinilai daripada jumlah gol, tetapi perkara yang paling penting ialah kami menang dan bermain dengan baik,” kata Ramos kepada Eleven Sports.

    “Siapa sahaja yang kami bakal hadapai dalam pusingan seterusnya, kami akan bermain dengan cara yang sama.”

    Benfica hanya ditewaskan dua kali sepanjang musim merentasi semua pertandingan dan mendominasi sejak awal menentang pelawat Belgium.

    Chiquinho, yang telah mengambil tempat Enzo Fernandez di bahagian tengah selepas perpindahan rekod Liga Perdana ke Chelsea pada Januari, kembali daripada kecederaan untuk tuan rumah. – AFP

    Reaksi Rafa Silva dari Benfica (kanan) selepas menjaringkan gol pembukaan pasukannya semasa kelompok 16, Liga Juara-Juara di stadium Luz di Lisbon, Portugal. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...