Benfica julang trofi liga ke-37

LISBON, 19 Mei – Benfica merangkul kejuaraan liga Portugal buat kali ke-37 dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Santa Clara dalam suasana meriah di Stadium of Light, Porto, awal kelmarin.

Dengan dua mata mendahului daripada juara tahun lalu, usaha keras Porto membuahkan hasil menjadikan Benfica pantas mengawal permainan.

Haris Seferovic membuka gol pada minit ke-16 permainan. Joao Felix menambah gol kedua untuk mendahului tujuh minit kemudian dan Rafa Silva menambah gol ketiga sebelum separuh masa pertama tamat.

Seferovic pula menambah gol kedua peribadi pada minit ke-56. Pasukan kedudukan pertengahan liga Santa Clara, dari skuad the Azores, menjaringkan gol sagu hati menerusi Cesar tiga minit kemudian.

Porto menewaskan Sporting 2-1 pada aksi penentuan liga di Lisbon, di mana penyokong Benfica meraikan kejayaan pasukan mereka dengan ‘konsert’ alat bunyi angin di sekitar jalanan. – AFP

Pemain Benfica meraikan kejayaan sebagai juara Liga Portugal di stadium Santa Clara, kelmarin. – AFP