Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Benfica, PSV mara ke playoff UCL

    PARIS, 10 OGOS – Bekas pemenang Liga Juara-Juara dua kali, Benfica akan bermain menentang pasukan Ukraine, Dynamo Kyiv sementara pasukan kendalian Ruud van Nistelrooy, PSV Eindhoven akan bertemu Glasgow Rangers selepas masing-masing layak ke pusingan playoff kelayakan Liga Juara-Juara.

    Luuk De Jong menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-109 ketika PSV Eindhoven berjaya menundukkan Monaco 3-2 semasa masa tambahan di Belanda, sekali gus mara dengan keputusan agregat 4-3.

    De Jong mengakui bahawa pasukannya layak untuk menang.

    “Percubaan dari pasukan Monaco hanya singgah di tiang gol, tetapi rembatan saya menembusi gawang,” kata ketua pasukan PSV itu.

    Pemain Monaco terpaksa berjaga semalaman selepas bunga api dipasang di luar hotel mereka menginap, dan suasana tegang di dalam stadium semasa perlawanan.

    Penyerang Monaco, Wissam Ben Yedder kemudian berjaya menjaringkan gol sebelum PSV merebut gol penyamaan lewat perlawanan menerusi pemain Mexico, Erick Gutierrez pada minit ke-89.

    Sementara itu, Benfica menewaskan Mitjylland 3-1 dan menang 7-2 secara agregat hasil sumbangan pemain tengahnya, Enzo Fernandez dan penyerang muda berusia 20 tahun, Henrique Araujo yang berjaya meledak gol sebelum Pione Sisto cuba membantu pasukan dari Denmark bangkit.

    Pemain Argentina, Fernandez, 21, dan Araujo membuat penampilan kedua mereka dalam pentas Kejohanan Eropah dan Diogo Goncalves menjaringkan gol ketiga untuk pasukan.

    Di Scotland, Malik Tillman melengkapkan kebangkitan apabila dia menjaringkan gol penentuan ketika perlawanan berbaki 11 minit semasa Rangers menewaskan Union Saint-Gilloise, 3-0. – AFP

    Reaksi pemain PSV Eindhoven meraikan gol semasa pertemuan menentang Monaco dalam pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...