Benfica tersingkir ditewaskan Thessaloniki

PARIS, 16 SEPT – Juara Eropah dua kali, Benfica disingkirkan daripada Liga Juara-Juara dalam saingan kelayakan awal pagi tadi selepas kalah 2-1 di tangan PAOK Thessaloniki.

Gergasi Portugal itu yang menang Piala Eropah dua kali pada 1960an, disingkirkan menerusi gol Dimitrios Giannoulis dan Andrija Zivkovic.

Benfica menamatkan saingan di tangga kedua divisyen utama Portugal tetapi berdepan undian mencabar berdepan PAOK, yang berkedudukan kedua Liga Super Greece.

Mereka tidak berpeluang mengatasi kekalahan itu kerana pusingan kelayakan ketiga dilangsungkan secara kalah mati.

Dynamo Kiev pula menyingkirkan AZ Alkmaar dengan kemenangan 2-0 manakala Gent mengatasi Rapid Vienna 2-1. – AFP