Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bengkel ajar ilmu pengacaraan majlis

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan UNISSA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Sebagai pengisian dalam Aktiviti Ekspo Kerjaya UNISSA sempena Mahrajan Hafl al-Takharruj ke-12 UNISSA, Unit Kesenian dan Kebudayaan, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA telah menganjurkan Bengkel Juruacara Majlis yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan UNISSA, pada hari terakhir bengkel, para peserta diperkenalkan dengan kepentingan pengurs lantai, pengunaan seni bahasa dan irama suara yang sesuai digunakan mengikut acara yang dikendalikan.

    Fasilitator turut mengajar cara memperbetulkan keadaan dan memulihkan situasi keadaan sekiranya berlaku sebarang kesilapan ketika mengacarakan majlis.

    Peserta diberikan peluang untuk mempraktikkan ilmu pengacaraan yang telah dipelajari selama tiga hari itu dengan mengendalikan majlis penutup bengkel yang diadakan pada sebelah petang.

    Seorang peserta telah dipilih untuk menjadi juruacara majlis iaitu Awang Muhammad Nazirul Azizan bin Bahren.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri, UNISSA, Dayang Norasiah binti Haji Amai.

    Bengkel ditutup dengan penyerahan sijil penghargaan kepada fasilitator yang telah berkongsi dan mengajarkan ilmu pengacaraan dan diikuti dengan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta bengkel.

    Seramai 30 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut, yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Brunei, Politeknik Bruunei dan badan-badan pelajar fakulti UNISSA dan pasukan pertubuhan beruniform UNISSA.

    Salah seorang peserta bengkel diberi peluang untuk mengacarakan majlis penutup bengkel berkenaan.
    Gambar ramai pada majlis penutup bengkel tiga hari berkenaan yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...