Bengkel anak damit autisme 24 Jun

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – AC-ACE Creative Training Services akan menganjurkan bengkel latihan bagi kanak-kanak autisme dari 24 hingga 26 Jun ini.

Bengkel ini diadakan bagi mengumpul dana untuk Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam. Separuh daripada yuran pendaftaran itu nanti akan disumbangkan kepada Pusat Ehsan.

Bengkel berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Hilang Upaya, Fakulti Perubatan di Universiti Kelaniya, Dr Nimisha Muttiah.

Dr Nimisha juga merupakan seorang profesional bertauliah dan pakar dalam Augmentative and Alternative Communication (ISAAC). Beliau telah memudahcara bengkel serupa di Brunei pada September 2018.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi AC-ACE Creative Training Services untuk membuat pendaftaran. Penyertaan dihadkan kepada 30 orang dengan maksimum dua peserta daripada setiap organisasi.

Dr Nimisha Muttiah ketika mengadakan bengkel pada September 2018.
Dr Nimisha Muttiah bergambar ramai bersama peserta bengkel pada September 2018.