Bengkel berigakan peraturan PPNBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) melalui ahli Jawantankuasa Pemantau dan Pelaksana Rancangan Strategik PPNBD 2014-2024 telah mengan-jurkan Bengkel Perhubungan Awam, Komunikasi dan Perkembangan Keahlian bagi Pemimpin-pemimpin Pengakap.

Bengkel yang dibahagikan kepada dua sesi itu dianjurkan bagi memberigakan dapatan-dapatan yang telah diungkayahkan oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi menyebarluas polisi-polisi dan peraturan-peraturan PPNBD di kalangan pemimpin-pemimpin pengakap yang terdiri daripada ahli-ahli Majlis Pengakap Daerah dan penolong-penolong pesuruhjaya.

Sesi pertama adalah mengenai Perhubungan Awam dan Komunikasi PPNBD yang telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Perhubungan Awam, Awang Muhammad Syahmi bin Halimhah.

Manakala sesi kedua, Perkembangan Keahlian disampaikan oleh Pesuruhjaya Sumber Kewangan, Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi.

Bengkel yang dijalankan selama sehari itu turut disertai oleh ahli-ahli Majlis Persatuan Daerah dari Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong serta pesuruhjaya-pesuruhjaya dan penolong-penolong pesuruhjaya daerah.

Antara peserta yang menghadiri Bengkel Perhubungan Awam, Komunikasi dan Perkembangan Keahlian bagi Pemimpin-pemimpin Pengakap yang dianjurkan oleh PPNBD. – Gambar serahan PPNBD