Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bengkel di Jerudong diarah roboh binaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Kegiatan perusahaan bengkel kenderaan yang terletak di Kampung Jerudong, Mukim Sengkurong telah diarahkan untuk menghentikan aktivitinya dan merobohkan binaannya kerana telah melanggar Bab 23(2), Perintah Perancangan Bandar dan Desa, 2015 (TCPO) iaitu menjalankan kegiatan perusahaan dan membina tambahan bangunan tanpa kebenaran.

    Menurut kenyataan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Kementerian Pembangunan, hari ini, kegiatan tanpa kebenaran itu telah dijalankan di atas tanah yang dihadkan hanya untuk tujuan kediaman.

    Manakala, tambahan bangunan tanpa kebenaran yang melibatkan garis bangunan itu telah digunakan sebagai rumah sewa di mana kegiatan itu telah menjejaskan kesejahteraan dan kebersihan kawasan perumahan berkenaan.

    Melalui pemantauan berterusan oleh Autoriti Perancangan, pemilik telah mematuhi arahan pihak berkuasa pada Januari 2022 dengan menghentikan kegiatan, memindahkan semua kenderaan dan merobohkan tambahan tanpa kebenaran berkenaan.

    Kes berkenaan adalah hasil aduan yang diterima daripada orang ramai, jelas kenyataan itu lagi.

    Orang ramai diperingatkan untuk mematuhi undang-undang perancangan khususnya Bab 23 TCPO yang memperuntukkan tiada seorang pun boleh melaksanakan pemajuan atas tanah, memecah atau menyatukan mana-mana tanah atau melaksanakan apa-apa kerja di dalam suatu kawasan pemuliharaan tanpa kebenaran.

    Kegagalan dalam mematuhi boleh dikenakan denda seperti mana di dalam Bab 23 (6) iaitu denda tidak melebihi $200,000 dan dalam hal kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi $10,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

    Bagi sebarang aduan dan khidmat nasihat perancangan, orang ramai boleh menghubungi talian hotline JPBD, 8200222.

    Gambar menunjukkan tambahan bangunan sebelum dan selepas dirobohkan. – Gambar serahan JPBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...