Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Bengkel keagamaan terapkan kesempurnaan beribadah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Dengan hasrat untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kesempurnaan sembahyang dengan tertib dan sempurna, Bahagian Kemajuan Syiar Islam mengadakan Bengkel Kesempurnaan Sembahyang yang berlangsung tiga hari, baru-baru ini.

    Kelmarin, bengkel diadakan di Pos Dakwah Kampung Selapon, Daerah Temburong di mana dua orang pembentang diundang untuk mengendalikan bengkel iaitu Pegawai Pemantau Zon, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Mohd Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar@Mokti bagi peserta lelaki dan Daie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Hajah Sinega binti Haji Swadi dari Bahagian Keagamaan, Pertubuhan Wargamas Brunei bagi peserta wanita.

    Bengkel pada hari kedua tersebut menyaksikan pembentangan secara praktikal dan para peserta bengkel melakukan praktikal kaifiah atau cara-cara memandikan, mengapankan dan menyembahyangkan serta mengebumikan jenazah.

    Bengkel Kesempurnaan Sembahyang diungkayahkan oleh Bahagian Kemajuan Syiar Islam selaku Urus Setia Majlis Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan dengan kerjasama Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan disokong oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Dakwah Islamiah, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong.

    Bagi hari ketiga, bengkel diadakan di Bintudoh Green Spring, Jalan Bukit Sulang, Kampung Lamunin, Daerah Tutong.

    Bengkel tersebut menyaksikan pembentangan secara praktikal bagi memberikan lebih kefahaman kepada para peserta bengkel tentang cara-cara memandikan, mengapankan dan menyembahyangkan serta mengebumikan jenazah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...