Friday, December 2, 2022
23.8 C
Brunei

-

Bengkel kongsi pengetahuan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – SEAMEO VOCTECH, dengan kerjasama GIZ RECOTVET, berjaya mengumpulkan 18 orang peserta dari 11 buah negara anggota SEAMEO menyertai Bengkel Sea-VET.net Focal Point dan Rakan Kongsi Strategik: Perkongsian Pengetahuan untuk Sistem Lebih Besar di Asia Tenggara yang berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Anggota SEAMEO berkenaan dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Bengkel tersebut yang berlangsung sehari merupakan susulan daripada Focal Point Preliminary Workshop: TVET Country Profiles dan Pengemas Kini Kandungan SEA-VET.net, yang diadakan secara maya pada 4 Oktober.

Kedua-dua acara itu telah dipermudahkan oleh pasukan SEA-VET di bawah Bahagian Pengurusan Pengetahuan SEAMEO VOCTECH, bersama rakan kongsi dari GIZ RECOTVET.

Peserta yang dikumpulkan terdiri daripada pasukan petugas yang ditetapkan bagi negara anggota SEAMEO yang bertanggungjawab untuk pengemaskinian Profil Negara, profil komprehensif sistem TVET dalam Asia Tenggara, dalam platform pengetahuan serantau SEA-VET.net, portal yang dihoskan dan diuruskan oleh SEAMEO VOCTECH, dengan kerjasama GIZ RECOTVET.

Para peserta dari negara anggota SEAMEO bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan SEAMEO VOCTECH

Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH,  Awang Alias bin ​​Haji Abu Bakar turut menyampaikan penghargaan kepada para peserta dan memberi sokongan terhadap bengkel berkenaan.

Beliau juga menggesa semua anggota focal point untuk bekerjasama rapat dengan pasukan SEA-VET.net untuk mengekalkan Profil Negara yang dikemas kini dan terkini.

Turut menyertai dalam bengkel berkenaan ialah rakan strategik dari Majlis TVET ASEAN Singapura, ASEC dan Sekretariat ASEAN dan rakan strategik lain daripada UNESCO-UNEVOC, ILO dan OECD yang menyertai secara maya, yang sama-sama menyuarakan sokongan mereka terhadap peranan dan kejayaan yang berterusan atas inisiatif Profil Negara.

Sehubungan itu, untuk mengikuti perubahan dalam sistem TVET negara anggota, SEAMEO-VOCTECH dengan GIZ RECOTVET telah memulakan bengkel dan mencadangkan untuk mengemas kini Profil Negara setiap tahun, dengan focal point yang ditugaskan sebagai kakitangan penghubung utama antara pusat dan barisan TVET dan universiti daripada 11 negara anggota SEAMEO.

Menurut kenyataan yang diterima dari SEAMEO VOCTECH, hari ini, focal point telah mengkaji kaitan topik dan menyediakan maklum balas untuk pengemaskinian berterusan Profil Negara TVET Asia Tenggara yang sedia ada dan mencipta kandungan yang berguna untuk pemegang kepentingan TVET di SEA-VET.net.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -