Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Bengkel lahir daie berkebolehan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Seramai 30 orang daie bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah berpeluang meningkatkan kemahiran dalam penyampaikan dakwah menerusi Bengkel Pengucapan Umum yang berlangsung selama empat hari hingga hari ini.

    Bengkel anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Penyebaran Dakwah (Ceramah) itu telah diakhiri dengan majlis penyampaian sijil yang diadakan di Dewan Serbaguna, PDI.

    Hadir menyampaikan sijil selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Ugama Kanan PDI, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman.

    Bengkel telah dimudah cara oleh Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

    Objektif utamanya adalah untuk melahirkan bakal daie tempatan yang berkebolehan sekali gus menjadi pelapis daie pada masa akan datang.

    Pengisian bengkel antara lain menerangkan mengenai elemen penting dan teknik yang berkesan dalam pengucapan umum, serta memberikan bimbingan asas bagaimana membuat persediaan menjadi seorang daie yang memiliki kredibiliti dan sahsiah seorang pendakwah.

    Selain itu, bengkel juga mengongsikan garis pandu metodologi dakwah dan membina kemahiran mengendalikan forum.

    Dengan adanya bengkel berkenaan diharapkan akan dapat melahirkan bakal daie yang berkualiti dan berpotensi serta dapat mengaplikasikan teknik penyampaian dakwah yang lebih berkesan kepada masyarakat.

    Haji Ahmad Abdussalam menyampaikan sijil kepada salah seorang daie bertauliah MUIB.
    Pegawai Ugama Kanan PDI bergambar ramai dengan daie yang menyertai bengkel tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...