Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bengkel musnah terbakar

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 5 JAN – Sebuah unit kedai yang menempatkan bengkel memperbaiki
    penyaman udara kereta musnah dalam kejadian kebakaran di kawasan Kampung
    Petani, Daerah Tutong, pagi tadi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 13 orang anggota dari Balai Bomba

    Tutong dan bantuan jentera dari Balai Bomba Bukit Beruang Tutong yang diketuai oleh DSO Rinald telah dikejarkan ke tempat kejadian.

    Apabila tiba di tempat panggilan, api besar didapati telah membakar keseluruhan unit kedai berkenaan.

    Dalam kejadian itu, ke semua pekerja telah pun keluar dengan selamat sebelum jentera bomba sampai.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memadam kebakaran, dan api dapat dikawal dalam masa 10 minit daripada merebak dengan punca serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.

    JBP dalam kenyataannya menyarankan orang ramai untuk memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringkas jenis debu kering 2 kilogram dan selimut api serta memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.

    Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran sebuah unit kedai di kawasan Kampung Petani, Daerah Tutong, pagi kelmarin. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...