Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bengkel perkasa asas fardu ain

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Tayamum adalah bersuci dengan menggunakan debu tanah yang suci sebagai rukhsah (keringanan) ketika tidak ada air.

    Bersuci dengan tayamum juga diperbolehkan bagi orang yang tidak dapat memakai air kerana ada halangan (uzur).

    Ini adalah antara kandungan Program ‘Ilm Series: Bengkel Asas Fardu Ain Bab Tayamum anjuran Badan Sukarelawan Belia Daie naungan Urus Setia Program Keagamaan Belia dengan kerjasama Bahagian Penyebaran Dakwah (kursus), Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Seramai 50 orang termasuk ahli-ahli jawatankuasa Belia Daie telah menyertai program berkenaan.

    Bengkel dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diikuti pengenalan ringkas mengenai bersuci dan tayamum yang disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Badan Sukarelawan Belia Daie, Dayang Nurul Zaimah binti Haji Mohidin.

    Para peserta bengkel dibahagi kepada empat kumpulan bagi empat stesen yang mengandungi empat senario berbeza iaitu tatacara asas penyediaan debu tanah untuk bertayamum, tatacara bertayamum bagi pesakit yang berbalut anggota badan dan masih berkemampuan melakukan sendiri, tatacara bertayamum bagi pesakit yang berbalut anggota badan tetapi tiada berkemampuan untuk melakukan sendiri dan, sesi soal jawab bersama peserta bagi soalan-soalan mengikut senario pada zaman sekarang.

    Bengkel dimudah cara oleh fasilitator terlatih yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Badan Sukarelawan Belia Daie sendiri supaya pengalaman semasa bengkel itu dapat menjadikan para peserta menjadi lebih berkeyakinan bergerak dan bersedia membantu masyarakat khususnya para belia di Negara Brunei Darussalam yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama jika memerlukan pertolongan dalam menangani masalah umum ketika menghadapi situasi tertentu.

    Bengkel antara lain bertujuan untuk membantu masyarakat mengulang kaji teori asas fardu ain khususnya bertayamum.

    Selain itu, ia juga bagi memperkasa asas-asas fardu ain yang sentiasa dipraktikkan dalam kehidupan seharian seorang Muslim mengikut senario-senario berbeza serta penyelesaiannya seiring dengan kemajuan zaman.

    Fasilitator semasa menunjukkan cara-cara betul bertayamum.
    Gambar ramai peserta kursus fardu ain tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...