Bengkel perkasa strategi dakwah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Bagi mendukung pelan strategiknya bagi 2020-2024, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber manusia, Jabatan Pentadbiran telah mengadakan Bengkel Pemantapan Dakwah bermula hari ini sehingga 21 Januari.

Seramai 30 orang pegawai KHEU daripada Bahagian III dan ke atas telah menghadiri bengkel tersebut yang diadakan di Dewan Melor, Tingkat 2, KHEU.

Antara objektif bengkel adalah untuk memperkasa strategi dakwah yang relevan dengan keadaan dan perkembangan, memantapkan metodologi dakwah dan daie yang berwibawa selain meningkatkan kemahiran daie secara teori dan praktikal mengenai teknik-teknik penyampaian mesej dakwah yang lebih berkesan.

Fasilitator pada hari ini ialah Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal yang membincangkan mengenai ‘Aliran Pemikiran Kontemporari’.

Dr Haji Norarfan semasa menjadi fasilitator pada bengkel tersebut.