Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Bengkel Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Bengkel sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia ke-16 melabuh tirainya petang tadi dengan majlis penutup di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Majlis penutupan disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari. Selain bengkel berkenaan, beberapa aktiviti lain juga telah diadakan bersempena sambutan berkenaan iaitu Doa Kesyukuran dan Doa Selamat Terhindar daripada Wabak COVID-19 yang telah diadakan di sekolah-sekolah agama di seluruh negara pada 19 November lalu.

    Sebagai usaha menyokong Hari Kanak-Kanak Sedunia, Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) juga dinyalakan dengan lampu berwarna biru sebagai lambang sambutan bersempena dengan warna rasmi Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

    Penyalaan lampu Jambatan SHOAS itu diadakan hari ini bermula 7 malam hingga 5 pagi esok. Antara program dan aktiviti lain yang telah disusun sehingga penghujung bulan ini ialah taklimat pemberigaan mengenai Konvensyen Hak Kanak-kanak kepada penuntut-penuntut sekolah menengah Tahun 7 hingga 10 yang akan diadakan pada 23 November.

    Program Meraikan Hari Kanak-Kanak di Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) dan Pusat Perkumpulan Kanak-Kanak (CDC) pada 24 November.

    Santai-Santai Berkongsi bertajuk Appreciating Kindness akan diadakan secara dalam talian pada 26 November dan aktiviti What Makes Me Feel Grateful yang akan diadakan semasa Bandarku Ceria pada 27 November.

    Antara penceramah yang menyampaikan ceramah semasa bengkel berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...