Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengston benam Montreal

    MONTREAL, 11 MAC – Montreal Impact dalam kemunculan Liga Juara-Juara CONCACAF mengalami tamparan hebat apabila mereka tewas 2-1 pada perlawanan pertama mereka menentang Olimpia dari Honduras.

    Montreal, yang mara ke perlawanan akhir pertandingan pada tahun 2015, mendominasi perlawanan sepenuhnya tetapi beberapa kecuaian daripada permain pertahanan mereka memberi peluang besar buat Olimpia meraih dua gol pada separuh masa pertama perlawanan.

    Pasukan Thierry Henry akan menghadapi perjalanan yang jauh menuju ke San Pedro Sula minggu depan menentang Olimpia bagi perlawanan pusingan kedua.

    Jerry Bengston menjaringkan gol awal dan mendahului perlawanan untuk pasukannya di awal 15 minit perlawanan di Stadium Olimpik Montreal. Bengston kemudian memainkan peranan penting bagi kedua-dua gol buat Olimpia di minit ke-41 apabila Jorge Benguche menjadikan kedudukan 2-0. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda