Benih hasil tinggi China gembirakan petani Bangladesh

MANIKGANJ, BANGLADESH – Ia merupakan musim luruh yang sangat baik untuk petani di Bangladesh.

Penuaian besar, kacang, kubis bunga, terung, labu, lada cili hijau, kentang, lobak dan tomato, di daerah Manikganj, barat laut ibu kota Dhaka, telah memberikan senyuman di wajah petani, walaupun kerja tambahan menuntut kudrat mereka.

Petani secara amnya bersetuju bahawa hasil sangat baik dari tanaman awal musim sejuk sangat menguntungkan ini adalah atas bantuan China dalam bentuk benih hasil tinggi dan kawalan perosak yang betul.

Memungut manfaatnya

Aleya Khatun adalah seorang petani wanita yang bekerja di sebidang tanah bapa mertuanya. Mereka menanam sayur-sayuran berdaun seperti amaranth.

“Tuhan telah memberi kami hasil yang sangat baik,” katanya, yang gembira dengan tuaian tahun ini. “Kami menjual hasil tanaman kami di pasar borong Singair,” tambahnya, “Kami membawa pulang sayur-sayuran segar yang kami tanam di sini dan memasak serta memakannya.”

Petani membersihkan lobak putih di tali air di Manikganj, Bangladesh. – Xinhua
Petani membawa sebakul kubis bunga di ladang di Manikganj, Bangladesh. – Xinhua

Seorang lagi petani arif dalam penanaman lobak, Ahmad Ali mengatakan, “Saya telah meraih tanaman yang sangat baik dengan benih hasil tinggi ini,” katanya.

Dari hanya sebidang tanah kecil, Ali memperoleh kira-kira AS$200 daripada setiap tuaian.

Hamidur Rahman Khan menanam sayur-sayuran sepanjang tahun. “Saya guna benih Cina,” katanya sambil menunjuk ke arah labu ularnya. Baja dan racun perosak Khan juga datang dari China.

“Saya memberitahu petani lain bahawa jika mereka ingin melakukan yang terbaik seperti saya, mereka harus mencari bekalan Cina.”

“Benih dijual dari akhir Ogos hingga pertengahan Februari,” kata pengimport, Kishore Mallick. Syarikatnya mengimport benih sayuran bermusim dari China.

Antara komoditi utama China ialah kekacang, asparagus, kacang mentega, lobak dan tembikai mendapat permintaan tinggi.

Benih kejayaan masa depan

KSM Mostafizur Rahman ialah pengarah urusan kumpulan Nasional AgriCare, salah satu pengimport terbesar racun perosak, mikronutrien dan pengawal selia pertumbuhan negara.

“China mempunyai begitu banyak kelebihan daya saing dari segi harga, perkhidmatan dan kerjasama. Ia adalah keseronokan menjalankan perniagaan dengan pembekal China,” katanya.

“Benih hasil tinggi sangat penting dan China adalah sumber utama kami di luar negara.

“Sayuran musim sejuk popular kerana petani mendapati ia menguntungkan dan boleh dipercayai. Jika awda pergi ke pasar, awda akan menemui kubis, kubis bunga dan banyak lagi sayur-sayuran musim sejuk yang datang daripada benih Cina,” kata Rahman.

“Sektor pertanian Bangladesh telah berkembang pesat, terima kasih kepada China. Ia berlaku kerana kerjasama antara kedua-dua kerajaan, antara kedua-dua rakyat dan kerjasama perniagaan-ke-perniagaan juga. Mereka adalah penggerak sebenar.” – Xinhua