Benitez kecundang lagi di Liga Super China

SHANGHAI, 16 OGOS – Rafael Benitez kecundang di Liga Super China (CSL) tanpa kemenangan untuk musim ini selepas Giovanni van Bronckhorst dari Guangzhou R&F mencatatkan kemenangan.

Penyerang antarabangsa Israel, Eran Zahavi menjaringkan penalti pada separuh masa pertama untuk memberikan R&F kemenangan 1-0 yang sangat diperlukan, kemenangan pertama Van Bronckhorst sebagai jurulatih dalam bola sepak China.

Namun, kekalahan untuk bekas pemenang Liga Juara-Juara Benitez yang ketiga di Dalian dalam lima perlawanan musim ini, bermaksud pasukannya turun ke tangga tercorot dalam kumpulan dengan dua mata.

CSL, yang tertangguh lima bulan kerana COVID-19, telah dibahagi menjadi dua kumpulan, di Suzhou dan Dalian, untuk mencegah jangkitan.

Perlawanan antara dua pasukan yang masih mencari kemenangan pertama musim ini ditangguhkan sehari selepas hujan lebat melanda Dalian pada Sabtu lalu.

Reaksi Rafael Benitez ketika memberi isyarat kepada pemainnya semasa perlawanan Liga Super China menentang Shanghai Shenhua di Dalian semalam. Rafael Benitez berjuang untuk satu rekod terburuk dalam karier bimbingannya selama 34 tahun. – AFP

Benitez, yang membawa kejayaan Liverpool di Liga Juara-Juara pada tahun 2005 dan merupakan salah satu jurulatih dengan gaji termahal di dunia, mengalami salah satu perjalanan terburuk dalam karier pengurusannya.

Dia hanya memenangi tujuh daripada 22 perlawanan sejak tiba di China pada Julai tahun lalu.

Bekas jurulatih Real Madrid, Chelsea dan Inter Milan itu memperoleh pulangan mata purata terendah sejak dia dipecat oleh Real Valladolid pada tahun 1996 setelah dua kemenangan dalam 23 perlawanan.

Benitez mengatakan bahawa pasukannya adalah yang termuda di CSL dan dia komi-ted untuk mengikuti kelab bagi mengembangkan pemain muda China.

Namun, Dalian juga telah membuktikan membawa masuk pemain pengalaman antarabangsa dengan membawa bekas kapten Napoli berusia 33 tahun, Marek Hamsik dan bekas penyerang Liga Perdana Inggeris, Salomon Rondon.

Sebaliknya, bekas bintang Barcelona dan Arsenal van Bronckhorst dapat bernafas sedikit lebih lega setelah R&F kini menduduki tempat keenam daripada lapan pasukan dalam kumpulan di Dalian. – AFP