Bennett bertemu Sisi di Mesir

KAHERAH, 13 SEPT – Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi hari ini, dalam lawatan pertamanya ke negara itu.

Sisi yang mengalu-alukan Bennett di pusat peranginan Laut Merah, Sharm el-Sheikh itu untuk membincangkan ‘usaha untuk memulihkan proses perdamaian’ antara Israel dan Palestin, kata jurucakap presiden, Bassam Radi.

Mesir, negara Arab paling ramai penduduk itu, pada 1979 menjadi negeri Arab pertama yang menandatangani perjanjian perdamaian bersama Israel, selepas berdekad-dekad bermusuhan.

Lawatan Bennett muncul kira-kira 10 hari selepas Abbas berada di Kaherah bagi mengadakan rundingan bersama Sisi.

Rundingan hari ini menandakan ‘langkah penting ekoran hubungan keselamatan dan ekonomi meningkat antara dua negara, dan kebimbangan bersama mereka berhubung situasi di Gaza, kata penganalisis di Kaherah, Nael Shama kepada AFP.

Ia juga sesuai dengan ‘rancangan Mesir untuk memulihkan rundingan politik antara Israel dan pihak berkuasa Palestin’, tambahnya. – AFP

Presiden Abdel Fattha al-Sisi (kanan) ketika bertemu dengan Perdana Menteri Naftali Bennett di Sharm El-Sheikh. – AFP