Bennett takluk peringkat ketiga

RIOM, 12 JUN – Raja pecut Ireland, Sam Bennett meninggalkan pesaing-pesaingnya yang lain, semalam, dengan membuat pecutan bertenaga untuk memenangi peringkat ketiga Criterium du Dauphine sejauh 171km.

Penunggang dari pasukan Borahangrohe itu mempamerkan prestasi yang agak menonjol musim ini apabila meraih tujuh kemenangan peringkat, termasuk dua di Paris-Nice dan meningkatkan harapannya untuk disenaraikan dalam pasukan Tour de France, yang masih jauh dari pasti.

“Saya kini menjadi orang yang perlu ditewaskan, jadi ia akan menjadi lebih sukar kerana peserta-peserta lain mula memberikan tumpuan pada anda,” kata Bennett.

“Saya menunggu hingga saat-saat akhir tetapi meskipun saya melakukan pecutan lebih awal, namun kaki saya dapat bertahan.”

Sementara itu pendahulu keseluruhan Criterium, Dylan Teuns dari pasukan Bahrein Merida, mengekalkan jersi kuning ketika semua pesaing-pesaing terdekatnya seperti Chris Froome,

Adam Yates dan Richie Porte menamatkan perlumbaan pada masa yang sama.

Menjelang perlumbaan uji masa yang mencabar, di mana ia akan menetapkan semula agenda hari ini, perlumbaan peringkat ketiga ini merupakan satu-satunya perlumbaan datar dalam Criterium lapan hari itu, yang dilihat sebagai pengukur prestasi bagi Tour de France. – AFP

Sam Bennett meraikan kemenangannya selepas melepasi garisan penamat dalam perlumbaan peringkat ketiga Criterium du Dauphine. – AFP