Benny Gantz, Netanyahu bersaing sengit

BAITULMAQDIS, 3 MAC – Benny Gantz, pesaing utama kepada Perdana Menteri Israel, berikrar akan meneruskan perjuangan meskipun tinjauan meramalkan Benjamin Netanyahu bakal memperoleh kemenangan pada pilihan raya negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Bekas ketua tentera itu berkata keputusan tinjauan itu bukan gambaran rasmi, tinjauan mendapati parti Likud pimpinan Netanyahu memperoleh 37 kerusi sementara parti Biru Putih diterajui Gantz mendapat antara 32 atau 34 kerusi.

Parti sekutu Netanyahu pula diramal memperoleh 59 atau 60 kerusi, bermakna blok itu hanya kekurangan satu atau dua kerusi yang diperlukan untuk mendapat majoriti di parlimen.

Pilihan raya buat kali ketiga yang berlangsung pada Isnin, belum pernah berlaku di Israel sebelum ini. Netanyahu dan Gantz gagal membentuk kerajaan campuran meskipun selepas dua kali pilihan raya diadakan pada April dan September tahun lalu. – Bernama