PELANCONG China merupakan penyumbang utama terhadap pelancongan di benua Eropah di mana bilangan mereka yang berkunjung ke benua itu semakin meningkat dan dianggarkan lima tahun yang akan datang peningkatan itu akan mencecah 70 peratus.
Negara-negara di benua Eropah seolah-olah menghamparkan karpet merah untuk memastikan tetamu-tetamu mereka merasa selesa dan gembira berkunjuang ke negara-negara di benua itu.
Menurut Agensi Pelancongan Benua Eropah bahawa sekitar jumlah 12.4 juta penduduk dari China dan kebanyakannya menggunakan agensi pelancongan telah datang ke benua Eropah pada tahun 2017. Selain itu, pihak Akademi Pelancongan China (CTA) meramalkan bahawa bilangan jumlah itu dijangka akan meningkat kepada 20.8 juta pada tahun 2022.
“Setelah beberapa tahun, penduduk dari China sering berkunjung ke benua Eropah bertujuan untuk membeli-belah namun pada hari ini, kebanyakan pelancong dari China ini semakin berminat untuk mengetahui budaya, keindahan dan kawasan-kawasan luar bandar,” kata Presiden CTA, Dai Bin kepada wartawan AFP ketika berada di Venice, selepas sahaja pelancaran Tahun Pelancongan antara EU dan juga negara China.
Festival, kursus masakan, “Mereka mahu merasakan pengalaman sendiri dan melawat kawasan-kawasan di mana mereka tidak dapat melihatnya di negara mereka sendiri. Mereka sangat suka akan keenakan makanan, muzik, udara yang membiru di mana kebanyakan pelancong ini datang dari kawasan pinggir pantai, di mana udara pencemaran adalah sangat tinggi,” kata ETC pengarah eksekutif, Eduardo Santander kepada wartawan AFP.


“Kebanyakan pelancong-pelancong ini berasa terkejut apabila mereka boleh bernafas tanpa mengalami batuk-batuk,” tambah Santander lagi kepada media.
Negara China merupakan negara yang terbesar dalam pasaran pelancongan antarabangsa di mana sekitar 129 juta penduduk China melancong ke luar negeri dan bilangan itu merupakan satu per lima jumlah para pelancong dari seluruh dunia. Pelancong dari China telah membelanjakan sebanyak dua kali ganda duit mereka untuk pelancongan sebagaimana pelancong-pelancong dari Amerika Syarikat, AS$261 bilion pada tahun 2016.
Air panas dan kad kredit
Satu gerakan selesa dapat di kecapi dalam usaha untuk membangkitkan rasa seronok ke atas pelancong-pelancong China ketika berada di benua Eropah, kata Jacopo Sertoli, ketua dalam mengalu-alukan kedatangan para pelancong China malah Jacopo telah memperolehi anugerah sijil pelancongan dalam menyediakan katering untuk para pelancong China. “Anda boleh menggembirakan mereka dengan menawarkan mereka satu gelas air panas,” tambah Jacopo menekankan bahawa kebanyakan pelancong China lebih suka minum air suam berbanding air yang sejuk.
Stesen TV bahasa China dan kemudahan Wifi di bilik-bilik hotel merupakan satu idea yang baik sementara cara bayaran yang gemar digunakan oleh pelanggan China adalah seperti UnionPay, iaitu agensi kad kredit yang hanya terdapat di China, WeChatPay atau Alipay adalah menjadi satu kemestian. Ketua CTA, Dai Bin berkata bahawa benua Eropah sepatutnya mengurangkan lagi ‘pelekat merah’ untuk pengunjung-pengunjung dari China.
“Kami berharap benua Eropah akan dapat memudahkan lagi untuk pelancong China mendapatkan visa. Beberapa buah negara di kawasan timur Eropah, sebagai contoh, ia sangat mudah dan senang.
Namun ia agak sukar di beberapa buah negara yang lain dan apabila pelancong dari China datang melawat Eropah, mereka akan melawat beberapa buah negara dan tidak hanya berpusat kepada sebuah negara,” tambah Dai Bin lagi kepada media AFP.



Sebagai salah satu pembalasan, China sekarang semakin mudah khususnya untuk memberikan visa kepada penduduk-penduduk dari benua Eropah malah mereka yang tinggal di Beijing atau Shanghai diberikan masa 144 jam atau enam hari dibenarkan masuk ke negara itu tanpa memerlukan visa.
Menurut data ETC, Perancis merupakan destinasi pertama yang sering dikunjungi oleh pelancong China di mana sekitar 61 peratus diikuti dengan Jerman sebanyak 37 peratus dan Itali sebanyak 28 peratus.
Walau bagaimanapun, bilangan itu semakin berubah sejak beberapa tahun ini dan mengembara ke benua Eropah semakin tinggi, tidak semakin mengurang disebabkan faktor lokasi yang dekat dan kebenaran visa yang cepat serta peningkatan dalam tawaran penerbangan murah.
Tragedi pengganas yang berlaku di Perancis dan Jerman yang pernah berlaku sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap sektor pelancongan di kedua-dua buah negara itu.
Pada tahun 2016, bilangan pelancong China yang datang melawat Serbia sebagai contoh telah meningkat sebanyak 73 peratus dan bilangan itu meningkat kepada 90 peratus di Montenegro.
“Pelancong China sebenarnya peka akan keselamatan sekuriti mereka namun mereka juga mudah terlupa berbanding pelancong-pelancong yang lain,” tambah Santander lagi kepada media.
Terkenal sebagai penyumbang yang tinggi iaitu seperti memberikan hadiah mengikut tradisi China, pengunjung China tidak semestinya berpuas hati dan ceria berikutan dengan sumbangan mereka itu.
Namun terpamer satu imej di mana pelancong China agak mudah untuk dipengaruhi khususnya dalam bidang pelancongan.
“Sesetengah agensi pelancongan menawarkan sesi pembelajaran kepada pelanggan mereka sebelum mereka pergi melancong ke benua Eropah,” tambah presiden CTA, Dai Bin kepada media. – AFP






















