Benzema julang Madrid menangi trofi La Liga

MADRID, 17 JULAI – Real Madrid dinobatkan sebagai juara La Liga untuk kali ke-34 semalam setelah Karim Benzema menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Villarreal, di mana Madrid merangkul gelaran dengan berbaki satu perlawanan sahaja lagi di liga.

Kedua-dua jaringan Benzema termasuk jaringan sepakan penalti di separuh masa kedua yang menjadi kontroversi di Stadium Alfredo Stefano yang kosong ketika Madrid melonjak tujuh mata berada di takhta liga untuk mengakhiri juara bertahan Barcelona selama dua tahun beturut-turut. Barca perlu menang semasa menentang Osasuna di halaman sendiri dan berharap Madrid tersungkur tetapi harapan mereka berakhir apabila menemukan kekalahan 2-1 di Camp Nou, walaupun Lionel Messi berjaya menjaringkan gol sepakan percuma yang menakjubkan.

Ini bermakna Madrid meraih gelaran La Liga ketiga mereka dalam lapan tahun, setelah perlawanan tanpa henti sejak liga di Sepanyol disambung semula pada 11 Jun berikutan wabak COVID-19.

Pasukan Zinedine Zidane telah memenangi kesemua 10 perlawanan dari 10 sejak La Liga kembali semula. Mereka hanya bolos tiga gol di sepanjang perlawanan itu dan tidak pernah ketinggalan dalam satu perlawanan.

“Bagi saya ini adalah salah satu hari terbaik dalam karier profesional saya,” kata Zidane.

Pasukan Real Madrid ketika meraikan kemenangan gelaran La Liga selepas tamat perlawanan antara Real Madrid CF dan Villarreal CF di Stadium Alfredo Stefano, Madrid, semalam. – AFP

“Selepas melalui sekatan COVID-19 dan semuanya, ini cukup mengejutkan.” Ditanya adakah kemenangan gelaran Liga Juara-Juara yang dimenangi Madrid pada musim pertamanya sebagai pengurus itu hari yang terbaik, Zidane berkata “Ini lebih baik daripada semua itu. Ia memerlukan usaha yang luar biasa untuk memenangi La Liga.

“Selepas 38 perlawanan, anda mempunyai lebih banyak mata daripada yang lain. Kali ini cukup hebat,” katanya.

Madrid juga telah dihadiahkan lima sepakan penalti dalam 10 perlawanan terakhir mereka, beberapa di antaranya telah mencetuskan kontroversi dan ini juga menimbulkan kekecohan ketika Sergio Ramos cuba membuat hantaran bola kepada Benzema semasa sepakan penalti, yang berjaya dijaringkannya tetapi beliau memasuki kawasan petak penalti itu terlalu awal.

Villarreal merasa cukup kecewa, Madrid dibenarkan untuk mengambil semula sepakan penalti tersebut dan kali ini diambil oleh Benzema, yang mengejar Messi untuk merebut sebagai penjaring terbanyak liga.

Vicente Iborra berjaya menemukan jaringan lewat untul Villarreal.

“Ini hadiah untuk semua yang berusaha keras yang telah kami lakukan, inilah hadiahnya,” kata Ramos.

“Kami mempunyai satu perlawanan lagi dan kami mahu menang semua 11 dari 11.” – AFP