Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Benzema menang Anugerah Ballon d’Or 2022

    ANKARA, 18 OKT – Penyerang sensasi pasukan bola sepak Perancis dan kelab Real Madrid, Karim Benzema kelmarin dinobatkan pemenang anugerah Ballon d’Or 2022 kategori lelaki. 

    Benzema, 34, membawa pulang anugerah berprestij itu selepas mempamerkan kecemerlangan untuk musim 2021-22, lapor Agensi Anadolu. 

    Pemain itu berjaya menjaringkan 44 gol dalam 46 perlawanan ketika Madrid merangkul kejuaraan La Liga dan Liga Juara-Juara selain membantu Perancis memenangi Liga Negara-Negara UEFA.

    Anugerah itu disampaikan ikon bola sepak Zinedine Zidane pada satu majlis di Paris.

    Benzema mengetepikan Sadio Mane dan Kevin De Bruyne yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

    Reaksi penyerang Real Madrid, Karim Benzema menerima anugerah Ballon d’Or di Theatre du Chatelet di Paris kelmarin. – AFP

    Sementara itu, bintang Barcelona Alexia Putellas merangkul anugerah bagi kategori wanita sekali gus muncul wanita pertama memenangi gelaran Ballon D’or berturut-turut.

    Pemain tengah Barcelona, ​​Gavi dinobatkan sebagai pemain terbaik bawah 21 tahun dan membawa pulang Trofi Kopa 2022. 

    Pemain sensasi, Sadio Mane yang menyertai Bayern Munich bagi musim ini memenangi Anugerah Socrates untuk pemain terlibat dalam aktiviti sosial.

    Penyerang Poland, Robert Lewandowski yang kini beraksi dengan kelab Barcelona menerima Trofi Gerd Muller sebagai penjaring gol terbanyak musim lalu.

    Sementara itu, Thibaut Courtois dari Real Madrid menggondol Trofi Yashin 2022 untuk penjaga gol terbaik manakala juara Liga Perdana, Manchester City merangkul anugerah Kelab Terbaik 2022. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...