Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Benzema tandingi rekod Raul Gonzalez di Real Madrid

    MADRID, 13 MEI – Karim Benzema terus melakar namanya dalam rekod Real Madrid selepas menjaringkan gol ke-323 kelmarin untuk menyamai Raul Gonzalez sebagai penjaring kedua terbanyak kelab itu di belakang Cristiano Ronaldo.

    Benzema menjaringkan gol pada separuh masa pertama dalam kemenangan 6-0 pasukan itu ke atas Levante di tempat terakhir dalam liga Sepanyol.

    Vinicius Junior, yang bergandingan bersama Benzema sepanjang musim pula menjaringkan hatrik untuk Madrid ketika pasukan itu terus bersedia untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Paris pada 28 Mei nanti.

    Tandukan jarak dekat Benzema pada minit ke-19 selepas hantaran silang oleh Vinicius memberikan penyerang Perancis itu gol ke-27 yang mendahului liga.

    Ia adalah gol ke-20 dalam 15 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan untuk Benzema, yang telah menjadi kunci dalam perjalanan pasukan ke final Liga Juara-Juara, menjaringkan gol penentu dalam setiap pusingan kalah mati kejohanan Eropah termasuk dua hatrik.

    Dia boleh menambah satu lagi gol pada perlawanan kelmarin tetapi tanpa mementingkan diri, beliau mengumpan bola kepada Vinicius untuk gol kelima pasukan.

    Vinicius telah menjaringkan gol pertamanya pada separuh masa pertama sebelum menutup jaringan pada minit akhir untuk hatrik sulungnya bersama Madrid. Ferland Mendy dan Rodrygo pula menjaringkan gol mereka sebelum separuh masa pertama. – AP

    Aksi Karim Benzema (kanan) cuba melepasi penjaga gol Levante semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...