Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Benzema terlepas dua penalti

    MADRID, 21 APRIL – Karim Benzema terlepas dua sepakan penalti dalam tempoh tujuh minit kelmarin tetapi Real Madrid masih mampu menewaskan Osasuna 3-1 bagi mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu La Liga.

    Benzema sedang memburu gol ke-45 musim ini tetapi dua kali dinafikan oleh penjaga gol Osasuna, Sergio Herrera, yang kedua-dua kalinya menjunam ke kanan dan kedua-dua kali berjaya menyelamatkan jaringan dengan Madrid mendahului 2-1 di Sadar.

    Tetapi Osasuna gagalmencari gol penyamaan pada separuh masa kedua dan Madrid meledak gol ketiga pada masa kecederaan menerusi Vinicius Junior dan Lucas Vasquez untuk menyempurnakan penyudah.

    Gol pembukaan David Alaba sebelum ini telah dinafikan oleh Ante Budimir dari Osasuna, sebelum Marco Asensio kembali meletakkan Madrid di depan sejurus sebelum tamat separuh masa pertama. – AFP

    Aksi Karim Benzema semasa melakukan sepakan penalti dalam perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Osasuna pada 20 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...