Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Beramal bersihkan tanah perkuburan

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 9 DIS – Dalam menanai semangat sukarelawan, lebih 40 orang ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkarai bersama golongan belia kampung telah mengadakan kempen membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam di kampung tersebut, baru-baru ini.

    Kempen yang turut disertai oleh Ketua Kampung Sengkarai, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan itu merupakan salah satu rancangan pengisian aktiviti belia dan beliawanis kampung berkenaan. Ia juga sebagai kesinambungan daripada kempen sebelum ini, iaitu kempen di Balai Ibadat Lama Kampung Sengkarai dan Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam (PAHMA), Kampung Sengkarai.

    Di kesempatan pada acara berkebajikan berkenaan, Awang Abdul Aziz merakamkan kesyukuran dengan berjayanya perlaksanaan kempen berkenaan dengan adanya gabungan bersama belia-belia dan warga veteran kampung.

    “Ini adalah salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang, di samping untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan belia-belia dan para penduduk kampung ini. Selain itu, kempen seperti ini juga tidak semestinya menunggu waktu-waktu tertentu untuk diungkayahkan, malah dapat mendidik para belia bahawa kempen kebersihan seumpama ini boleh dibuat, pada bila-bila masa saja,” ujarnya.

    Beliau turut melahirkan penghargaan terima kasih kepada penduduk Kampung Sengkarai termasuklah kegigihan para belia yang sudi memberi sokongan dan bersatu padu, dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang berkebajikan. Di samping itu, ia juga memberi kesedaran kepada orang ramai secara amnya dengan adanya sifat tidak camah mata dan amalan bergotong-royong.

    Dalam pada itu, acara berkenaan turut diselajurkan dengan majlis membaca Tahlil khas disedekahkan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW berserta kerabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NeAgara Brunei Darussalam serta kaum muslimin dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah.

    Awang Abdul Aziz dan para peserta bergambar ramai semasa kempen berkenaan. – Gambar serahan Awang Abdul Aziz

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...