BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Jerudong Park dengan kerjasama Jerudong Park Medical Centre (JPMC) baru-baru ini telah mengadakan kempen derma darah.
Kempen derma darah itu diadakan sebagai usaha untuk membantu memastikan simpanan bekalan darah mencukupi dan menambah bekalan yang sedia ada.
Kempen yang diadakan di Jerudong Park itu terbuka kepada semua kakitangan Jerudong Park yang rata-rata tidak sabar untuk memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Sebelum kempen bermula, semua penderma menjalani penilaian yang dilakukan oleh kakitangan JPMC bagi memastikan tekanan darah dan tahap hemoglobin mereka memenuhi syarat untuk menderma.
Turut mengambil bahagian ialah Pengurus Besar, Hajah Siti Norzalena binti POKLRDSLJ Haji Abdul Rahman, yang menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama beliau mengikuti kempen seumpamanya.
Semasa kempen tersebut, sebanyak 25 pain darah berjaya dikumpulkan.