Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

Beramal di Pusat Ehsan sempena Azadi Ka Amrit Mahotsav

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Sebagai sebahagian daripada sambutan Azadi Ka Amrit Mahotsav, Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar telah mengadakan kunjungan ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), hari ini, yang diselajurkan dengan majlis penyampaian sumbangan amal sebanyak $1,000 kepada pusat tersebut.

Menerima sumbangan bagi pihak Pusat Ehsan ialah Pemegang Amanah Eksekutif, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam, suruhanjaya tinggi berkenaan sentiasa menyokong Pusat Ehsan yang merupakan sebuah organisasi
yang memperjuangkan penjagaan individu berkeperluan khas, satu usaha yang amat dihargai oleh misi diplomatik berkenaan.

TYT Ajaneesh Kumar turut memuji peranan penting yang dimainkan oleh pusat tersebut dalam menjaga dan memupuk serta memastikan keterangkuman dan pembangunan holistik kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini.

Sebelum ini, pelbagai aktiviti dan persembahan kebudayaan telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam untuk para pelajar Pusat Ehsan.

TYT Ajaneesh Kumar menyerahkan sumbangan untuk Pusat Ehsan kepada Pengiran Datin Hajah Noraini. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -