Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Berangkat bagi lawatan tidak berjadual ke kampus, hangar RB

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Muiz Matdani & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mengadakan lawatan tidak berjadual ke kampus dan hangar Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), hari ini.

    Dalam lawatan tidak berjadual itu, keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dijunjung oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Kapten Haji Sabirin bin Haji Abdul Hamid dan pihak pengurusan kanan RB.

    Baginda Sultan mula-mula berkenan berangkat meninjau beberapa bahagian di kampus berkenaan, antaranya Bangunan Ros di Bahagian Kewangan, Bangunan Orkid di Bahagian Kebajikan, Kaunseling dan juga meninjau Internal Audit, People and Performance (Human Resource), Legal dan kemudian ke pejabat ketua pegawai eksekutif di Bangunan Simpur.

    Selain berangkat ke Bangunan Orkid untuk meninjau Emergency Response, Business Re-Engineering, Guest Care dan Bangunan Hibiscus & Lily untuk Komersial, Baginda juga berkenan mengunjungi Hangar RB di Bahagian Kejuruteraan, Base and Line Maintenance.

    RB kini mengendalikan 14 pesawat yang terdiri daripada lima Boeing 787-8 Dreamliners, tujuh Airbus A320NEO dan dua Airbus A320CEO.

    Pada 2019, RB menerima penarafan lima bintang daripada 2020 APEX Official Airline RatingsTM dan menduduki tempat ke-66 dalam 100 syarikat penerbangan terbaik di dunia dan dianugerahkan empat bintang pada Anugerah SKYTRAX 2019.

    Mengukuhkan lagi kedudukannya dalam kalangan syarikat penerbangan kegemaran dunia, RB telah disenaraikan oleh pengguna TripAdvisor sebagai kegemaran dalam Syarikat Penerbangan Serantau Travellers’ Choice (Asia) sejak tiga tahun lalu.

    Pada 2021, RB telah dianugerahkan penarafan tujuh bintang tertinggi terhadap COVID-19 oleh laman web semakan keselamatan dan produk syarikat penerbangan sehenti terbaik dunia www.airlineratings.com.

    Manakala pada 2022, RB muncul juara buat kali ketiga berturut-turut untuk Kru Kabin Terkemuka Asia 2022 Anugerah Perjalanan Dunia dan Kru Kabin Terkemuka Dunia 2022.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat bagi lawatan tidak berjadual ke Kampus RB, Jalan Kustin, kelmarin.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama kakitangan RB.

    Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama kakitangan RB semasa lawatan tidak berjadual ke RB, kelmarin.
    Antara pihak pengurusan kanan dan warga RB yang hadir semasa lawatan tidak berjadual Baginda Sultan ke Kampus RB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...