Berangkat hadiri Majlis Sambutan Hari Kemasyarakatan ke-9

YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan menyempurnakan Pelancaran Projek Jari-Jari Hijau PPPBD

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) telah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Kemasyarakatan ke-9, 2017 seterusnya merasmikan Projek Jari-Jari Hijau PPPBD di ibu pejabat persatuan berkenaan, hari ini.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nurul Bolkiah.

Majlis sambutan ini merupakan salah satu kegiatan tahunan persatuan yang antara lain bertujuan untuk mendedahkan dan mendidik ahli-ahli mengenai budaya berkhidmat untuk masyarakat terutama kepada yang memerlukan bantuan.