Berangkat meninggalkan Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 6 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat meninggalkan Kuala Lumpur, Malaysia selepas menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin-pemimpin Malaysia dan Negara Brunei Darussalam ke-22 dan Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang

































