Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Berangkat tiba di Dubai

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Infofoto

    DUBAI, 28 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berangkat tiba di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2022 atas jemputan Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi, His Highness Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan, yang akan berlangsung pada 29 Mac di Dubai Exhibition Centre.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Hadir di Royal Airwing, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Negara bagi Artificial Intelligence, Ekonomi Digital dan Aplikasi Kerja Jauh, UAE, Tuan Yang Terutama Omar bin Sultan Al Olama.

    Turut hadir sama bagi menjunjung keberangkatan Baginda Sultan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke UAE, Tuan Yang Terutama Haji Harun bin Haji Junid.

    Semasa berada di Dubai, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga dijangka akan mengurniakan titah ucaptama semasa sidang kemuncak berkenaan; menghadiri majlis perjumpaan bersama, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, serta Pemerintah Dubai, His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum berangkat melawat Ekspo 2020 Dubai.

    Negara Brunei Darussalam dan UAE mula menjalinkan hubungan diplomatik pada 28 Mei 1992. Kedua-dua buah negara bekerjasama secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan dan pelaburan, tenaga, pendidikan dan perkhidmatan udara.

    Kali terakhir Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat ke UAE adalah bagi keberangkatan negara pada bulan April 2006.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa berkenan berangkat ke Dubai bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2022 atas jemputan Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan dijunjung oleh TYT Omar bin Sultan Al Olama di Royal Airwing, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Turut berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa berangkat ke hotel persemayaman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...